Thursday, July 18, 2013

Mimpi Esok Akan Tiba

Mimpi Esok Akan Tiba


Susahnya bagiku untuk melafazkan kata-kata tapi inilah kehidupan yang perlu dijalani oleh setiap semua insan yang ada di muka bumi ini. Pernah tak terbayangkan bila kita mimpi akan sesuatu yang kita sendiri tak pernah kita mimpi dan akan terjadi keesokan harinya. Ini terjadi padaku, tak pernah aku jumpa dia selama ini tiba-tiba dia munjul dalam mimpi ku dan keesokan harinya dia dah ku jumpa. Sedih sangat bagiku untuk mengingatkan lagi kisah dulu yang selama ini aku simpan dalam hatiku dan tidak pernah aku luahkan walaupun aku tahu dia dan aku tidak pernah menyatu di dunia ini dan aku pasti yakin bahawa suatu hari nanti mungkin di dunia yang lain atau hayat akan datang aku dan dia mungkin akan selamanya menyatu jua.

Bagiku itu adalah lumrah hidup, aku selalu ingin dekat dngan dengannya dan membantunya selalu tapi aku tak berdaya sebab aku selalu berjauhan dengannya. Aku pula hanya mampu berdoa agar dia diberikan kebahagiaan yang lebih sempurna dari segala-galanya. Biarlah kita mendoakan kebaikan orang yang kita sayang walaupun kita tidak menyatu dengannya di dunia ini.

Bagiku pahit manis kehidupan mestilah ada di dalam setiap insan yang wujud di dunia ini, yang pasti hanya kasih dan sayang itu adalah paling bahagia dalam setiap insan dan aku yakin bahawa dugaan yang datang pasti ada hikmah dan kebaikan yang akan mendahului kita.