Wednesday, December 19, 2012

Kesakitan, Hati, dan Perasaan



Dunia tanpa kesakitan di dalam hati adalah dimana dunia yang penuh dengan alam misteri. Kesakitan datang daripada kita sendiri iaitu kita membina kesakitan itu dan membuat kita kecewa dengan apa yang dilakukan oleh seseorang itu kepada kita. kesakitan yang kita alami boleh diubati oleh seseorang yang telah menyakiti hati kita atau seseorang yang selalu mengambil berat tentang diri kita. Hati dan perasaan pada pandangan luaran adalah sama, tapi dari segi dalaman hati merupakan nadi penting untuk kita mudah jatuh cinta pada seseorang. Hati juga boleh menyebabkan kita setia pada yang satu. 


Hati boleh menimbulkan perasaan kasih dan  sayang yang terlalu mendalam. Perasaan juga yang menyebabkan kita sedar kita merasai banyak perasaan. kasih sayang adalah salah satunya. kita dilahirkan dengan perasaan yang membuak-buak untuk disayangi. kadang II kita tidak sedar bila kita disayangi. kadang II kita mencintai yang jauh, tapi yang di depan mata itu yang akan selalu menjaga hati dan perasaan walaupun perit dengan kesakitan kita harus telan kesakitan itu.


Bila kita terasa sakit hati mesti ada tempat untuk kita mengadu, terutama sekali ialah kawan yang paling rapat sekali dengan kita. Kita merasakan kawan adalah seseorang yang dapat menyelesaikan masalah tersebut walaupun kita tahu dia tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Tapi kita berkawan adalah untuk mengenali hati budi masing II tapi bila telah disakiti tiada siapa ambil peduli tentang perasaan dan apa yang dirasai oleh kita dalam hati ini.

No comments:

Post a Comment